𝗦𝗔𝗟𝗖𝗥𝗔 𝗗𝗜 𝗔𝗚𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗧 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗨𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟲 10-12 Julai 2026 | Tempat Letak Kereta BDA, Pekan Sebauh SALCRA berbesar hati menyertai Agrofest Sebauh 2026 atas jemputan Jabatan Pertanian Sarawak, sebagai satu platform untuk berinteraksi bersama pengunjung serta berkongsi maklumat berkaitan peranan, inisiatif dan aktiviti SALCRA. Ruang pameran SALCRA yang turut disertai oleh Sarawak Fertilizer Sdn. Bhd. (SFSB) dan SALCRA Jaya Sdn. Bhd. (SJSB) memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat peranan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh SALCRA dan syarikat berkaitan. SALCRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), merangkap Pengerusi SALCRA serta Ahli Dewan Undangan Negeri N69 Kemena, atas kesudian mengunjungi ruang pameran SALCRA. Penghargaan turut dirakamkan kepada Encik Peter Manjan Seman, Ketua Pegawai Operasi Sarawak Fertilizer Sdn. Bhd. atas sokongan sepanjang program, serta kepada semua pengunjung yang meluangkan masa untuk berinteraksi bersama wakil SALCRA sepanjang Agrofest Sebauh 2026 berlangsung. Semoga hubungan baik dan kerjasama yang terjalin bersama semua pihak terus diperkukuhkan melalui program-program akan datang. 𝗦𝗢𝗪•𝗚𝗥𝗢𝗪•𝗣𝗥𝗢𝗦𝗣𝗘𝗥 #SALCRA #AgrofestSebauh2026 #SFSB #SJSB #BajoTrainingCentre
-
-
-
-
-
+1